Monday, August 26, 2013

25 May 2013..

tarikh perkenalan aku dgn sidia.. sidia yg akhirnya dapat memecah tembok kebal hati yg tak mahu menerima sesiapa lagi dalam kehidupan.. sidia dengan gaya yang tersendiri akhirnya melembutkan hati yang tak bisa dengan ketukan cinta... terima kasih Si Dia..

Si Dia,

Gelaran sayang diberikan utk diri ini yang serba kekurangan dari kelebihan... sudi menerima diri seadaanya tanpa mempertikaikan siapa saya sebenarnya..sudi menghulurkan kasih utk diri yang selalu mencari tempat menumpang kasih..sudi menghulurkan tangan untuk sedikit kekuatan menempuh dugaan hidup yang datang..sudi meminjamkan bahu untuk menumpang melepas lelah..sudi berkongsi suka duka tanpa mengira waktu..malah senantiasa membuatkan sayang terus hidup dengan kekuatan yang ada walaupun hakikatnya dalaman sayang dah tidak ada apa-apa..

Untuk Si Dia,
Hanya doa yang mampu diberikan sebagai tanda kasih sayang.. hanya semangat yang boleh dikongsikan utk kebahagiannya.. YA ALLAH, kuberikan semua kebahagianku dan kegembiraanku untuk dirinya agar Si Dia bahagia di mana saja Si Dia berada..KAU makbulkan semua doa dan impiannya.. KAU kurniakan segalan kebahagian dan kegembiraan utknya.. YA ALLAH, jangan KAU lukai hatinya dengan berita duka dan hampa.. Ku ambil semua kedukaanya, kelukaanya, kesepiannya malah kesedihannya sebagai galang ganti..

Untuk Si Dia,

sayang doakan agar jodoh ini dipermudahkan malah direstui oleh semua pihak.. INSYA ALLAH akan ku temani dirimu sehingga nafasku terakhir.. akan ku iringi perjalanan mu hingga akhirnya aku dijemput pulang menemui PENCIPTA KITA.. Doaku senantiasa mengiringi perjalananmu..

 

No comments:

Post a Comment